Apa itu Folic Acid?

Menurut kajian pakar(1) yang diterbitkan dalam Journal of Obstetrics and Gynaecology Canada, Asid Folic ini penting untuk mengurangkan risiko Neural Tube Defects (NTD) atau dipanggil kecacatan tiub saraf.

Kecacatan tiub saraf ini ada beberapa jenis :

  • Anencephaly – Bayi yang dilahirkan dalam keadaan ini dilahirkan tanpa pembentukan bahagian utama otak – bahagian utama cerebrum – dan jugak tengkorak kepala.
  • Encephaloceles – Bayi yang dilahirkan dalam keadaan ini mempunyai benjolan otak yang terkeluar melalui tengkorak berbentuk seperti kantung dan ditutup dengan membran.
  • Hydranencephaly – Bayi yang dilahirkan dalam keadaan ini pula ialah dimana bahagian yang sepatutnya terletak hemisfera otak cerebrum tidak wujud sebaliknya ruang tengkorak dipenuhi dengan cecair
  • Iniencephaly – Bayi yang dilahirkan dalam keadaan ini dimana bahagian kepala terbengkok secara ekstrem ke tulang belakang dan kepala pula menghadap ke atas. Kebiasaanya bayi tidak mempunyai leher dan tidak akan dapat bertahan lebih daripada beberapa jam selepas dilahirkan.
  • Spina bifida – Kecacatan yang lebih common kita dengar, iaitu bayi dilahirkan tidak mempunyai pembentukan tulang belakang yang sempurna atau lengkap dan terdapat bukaan pada sistem saraf tunjang. Banyak lagi pasal penyakit spina bifida ni. Ada pulak jenis-jenisnya lagi. Kalau anda nak tahu lebih lanjut boleh pergi ke website National Service Health UK

 

spina bifida

 

MasyaAllah, banyak rupanya kita tak tahu pasal birth defect terutamanya bayi yang mengalami penyakit NTD ini. Nora tengok gambar-gambar bayi-bayi ini dekat internet rasa sedih sangat-sangat tengok. Nak keluar air mata lihat penderitaan anak-anak kecil ini yang masih lagi tak tahu apa-apa.

Berbalik pula pada Asid Folic ni, apa kaitannya Asid Folic dengan masalah ni?

Masih tak faham la Cik Nora oi. Boleh terangkan tak?

Haa, ini lah Nora nak cerita ni.

Asid Folic (atau folate) adalah salah satu vitamin dalam kumpulan vitamin B yang sangat diperlukan untuk membina sel-sel baru dan memperbaharui sel-sel dalam tubuh! Ia sangat penting untuk badan kita membuat DNA, RNA dan metabolisme asid amino yang diperlukan untuk pembahagian sel(2). Ia juga mencegah sebarang perubahan kepada DNA dan oleh itu mencegah kanser(3)**.

Haa, jadi nampak tak mengapa ibu-ibu yang pregnant ini sangat digalakkan mengambil Asid Folic ni.

Sayangnya, Asid Folic ini tidak boleh dihasilkan melalui tubuh badan kita. Ianya wujud secara semula jadi dan hanya boleh didapati melalui pemakanan.

Asid Folic ini terkandung didalam sumber makanan seperti sayur-sayuran (terutamanya sayur-sayuran berdaun hijau), buah-buahan dan jus buah-buahan, kekacang, produk tenusu, ayam dan daging, telur, makanan laut dan bijirin. Avocado, bayam, hati, yis, asparagus, dan tauge adalah antara makanan yang mempunyai kandungan tinggi Asid Folic.

Masalahnya, kita ni kerap ke makan makanan segar dan sihat ni? Tambah pula, vitamin dalam makanan ni pun boleh hilang apabila dimasak lebih-lebih lagi dalam suhu tinggi.  

Sebab itulah pengambilan supplement itu penting. Walaupun, kita ni sibuk, sibuk bekerja, sibuk jaga anak, sibuk itulah inilah, kesihatan tu mesti kena jaga. Supplement mesti kena ambil.

Dan walaupun, kita rasa kita ni sihat, tapi baby dalam kandungan kita sendiri pun kita tak boleh nampak. Baby tu cukup zat ke, sel-sel baby kita ni sihat ke, organ-organ baby kita dalam kandungan ni berfungsi dengan baik ke. Kita tak tahu, betul tak? Nora yakin semua ibu pun mesti akan terfikir semua ni kan?

Jadi nak tahu the best supplement  untuk kita tambah Asid Folic for the growth and development for the baby? Untuk ibu-ibu yang sedang pregnant bagaimana nak menolong tumbesaran anak dalam kandungan? Nak tahu?

b-complex with folic acid

 

Inilah dia Vitamin B Complex Shaklee yang memang sangat Nora suka dan selalu suggest untuk ibu-ibu semua.

b-complex nutrient

 

Haa, dan tengok tu kandungan Asid Folic dalam B-Complex Shaklee ini ialah 400mcg! Memang terbaik! Selain itu juga ada 8 lagi Vitamin B yang lain pun termasuk dalam B-Complex Shaklee ini. B-Complex Shaklee ini memang lengkap untuk memastikan anda mendapat Vitamin B yang amat penting untuk metabolisme.

Saranan pengambilan Vitamin B Shaklee ialah :

  • Bagi wanita sedang pregnant – 1 biji sehari

Cik Nora ni asyik cerita je tak sudah-sudah, saya berminat nak beli la.

Kalau anda berminat memang tak sia-sia baca article Nora panjang lebar ni (hehe).

Anda boleh pergi Kedai Shaklee Nora, ada macam-macam lagi produk Shaklee dalam tu. Dan kalau anda berminat boleh hubungi Nora disini.

Dan kalau nak tahu lagi pasal produk B-Complex Shaklee ni jangan malu-malu, boleh message Nora dekat FB atau pon WhatsApp. Sekarang ini zaman click je. Semua di hujung jari!

#pengedarshakleeshahalam
#pengedarshakleesetiaalam
#pengedarshakleebandarbukitraja
#pengedarshakleemeru
#pengedarshakleeklang
#CODshaklee

whatsapp button          sh-facebook-messageer-website-plugin

(**Note : Sama ada Asid Folic ni boleh mencegah kanser atau tak, Nora tak dapat pastikan. Ianya hanya berdasarkan research oleh pakar. Dan apa yang Nora faham, ia masih lagi belum dikaji secara menyeluruh. Tetapi setakat ini, bila Nora cari lagi kajian-kajian daripada pakar-pakar kebanyakannya berpendapat bahawa pengambilan Asid Folic dapat mengurangkan risiko kanser. Boleh baca article dari John Hopkins Colon Cancer Center untuk further information)
Reference:
  1. Wilson RD, Wilson RD, Audibert F, Brock JA, Carroll J, Cartier L, Gagnon A, Johnson JA, Langlois S, Murphy-Kaulbeck L, Okun N, Pastuck M, Deb-Rinker P, Dodds L, Leon JA, Lowel HL, Luo W, MacFarlane A, McMillan R, Moore A, Mundle W, O’Connor D, Ray J, Van den Hof M (2015). “Pre-conception Folic Acid and Multivitamin Supplementation for the Primary and Secondary Prevention of Neural Tube Defects and Other Folic Acid-Sensitive Congenital Anomalies”. J Obstet Gynaecol Can. 37 (6): 534–52. 
  2. “Dietary supplement fact sheet: Folate”.Health Information. Office of Dietary Supplements, US National Institutes of Health. Retrieved 1 September 2016.
  3. Kamen B (October 1997). “Folate and antifolate pharmacology”. Oncol. 24 (5 Suppl 18): S18–30–S18–39

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s