Tips nak tahu produk kecantikan kita selamat

 

Semalam pagi-pagi Nora bangun, after mandi tengok cermin.

Pergh, jerawat batu sebijik atas dahi ni. Makoih, sedapnya die tumbuh atas dahi ni. Happy je duk timbul macam bonggol jalan atas muka orang.

Pernah tak korang rasa macam ni kadang-kadang? Kita punyelah nak bersiap cantik-cantik pergi jumpa client, sekali setepek jerawat besar kat muka. Rasa malu gila orang tengok muka kita lama-lama. Mesti korang pernah macam ni jugak kan? Huhu.

Masalah kulit untuk orang perempuan ni memang kebiasaanya masalah jerawat. Biasalah kadang-kadang nak dekat datang bulan tu memang ada la masalah jerawat la, whitehead la muncul.

Ada orang pulak kalau tengah time stress, time tulah jerawat atau whitehead die tumbuh macam cendawan lepas hujan.

Ada pulak orang jenis tak sesuai dengan produk kecantikan yang dia pakai. Sometimes disebabkan ada bahan-bahan dalam produk tu yang membuatkan dia allergy.

Dan lagi parah bila ada produk kecantikan yang menggunakan bahan-bahan merbahaya seperti mercury dan hydroquinone dalam produk tu yang menyebabkan kulit customer jadi teruk dan rosak. Baru-baru ini pon ada berita pasal beberapa produk kecantikan yang telah dikeluarkan daripada pasaran sebab menggunakan bahan-bahan merbahaya ni.

Memang kesian tengok kulit customer tu jadi teruk dan rosak. Dalam berniaga ni kita kenalah ikhlas dan jujur dengan customer. Jangan sebab nak cepat kaya, kita lupa pasal keselamatan produk tu lebih utama daripada keuntungan.

Tak berkat rezeki.

Kadang-kadang pon orang tak tau jugak kan benda nak jadi, ingatkan produk tu hype sangat so kita assume bagus lah. Tapi as a customer kita kena tahu sama ada produk tu betul-betul selamat atau tak.

Cara macam mana nak tahu if produk yang kita guna tu adalah selamat :

1. Semak label pada produk tersebut.

Antara label-label yang sepatutnya ada :

GMP atau Good Manufaturing Practice logo bagi pengeluar.

Halal logo dengan number sijil sekali. Kalau halal logo sahaja takde number sijil tu masih was-was lagi.

2. Logo mengenai produk tersebut :

Biasa nampak pada produk mesti logo yang macam ni :

Open Jar logo ni menunjukkan berapa lama produk tersebut boleh bertahan setelah dibuka. Macam gambar ni dia tunjuk 12 bulan.

Chasing Arrows ni pulak maksudnya packaging tu boleh di recycle semula.

 

Green Dot ni beza pulak dari yang recycle tu sebab ini bukan menunjukkan yang packaging tu recyclable tapi company tu dah menyumbang banyak untuk support recycling.

Leaping Bunny ini menunjukkan produk tersebut tidak menjalankan kajian ke atas haiwan.

3. Buat mercury test sendiri.

Lagi satu paling senang nak check kalau produk tu ada mercury ke tak, cuba test produk tu pada barang kemas yang diperbuat daripada emas. Kalau produk tu ada mercury, produk tu akan bertukar jadi kelabu. Makin banyak mercury makin gelap warnanya.

Cuba tengok video kat bawah ni macam mana dia test.

Haa, amacam? Meh, pegi punggah makeup  kita and test sendiri kalau nak tahu!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s