Assalamualaikum wbt.
Hi semua, tak tahulah kenapa hari ni tiba-tiba je jadi eager sangat nak menulis kat blog yang dah bersawang ni. Mungkin adalah tu hikmahnya kan.
Setakat tulisan Nora sekarang ni, lagi 9 hari je lagi 2017 akan melabuhkan tirai. Bila dah hujung-hujung tahun ni kan, mula lah Nora akan reflect balik peristiwa-peristiwa yang jadi sepanjang tahun ni. Ada yang baik, ada yang happy tak kurang juga yang mengalirkan air mata. Nora check balik wish list untuk tahun ni. Yang mana tercapai, alhamdulillah, thank you Allah swt sebab makbulkan wish hambuMu ini. Yang mana tak tercapai tu pun alhamdulillah. Yang baik datang dari Allah swt dan yang buruk datang dari diri Nora sendiri. Muhasabah terus iolls!
Korang semua macam mana?
Tak apa jangan putus asa, yang penting kita teruskan usaha. Tetapkan matlamat dan action plan because a goal without a plan is just a wish.
Pagi tadi Nora terbaca satu quote yang menyentap tangkai hati kecilku ini.
” The fact that you aren’t where you want to be, should be enough motivation”
Good night and hugs.